Sejarah Ringkas Mini

Mini


MINI "MARK I" (1959 - 1969)


    Issigonis and the Mini at its launch in August 1959.
    Issigonis semasa Pelancaran Mini

  • Mini telah dihasilkan oleh British Motor Corporation (BMC) dan pada bulan Ogos 1959, Mini telah dipasarkan dengan nama Austin dan Morris, juga dikenali sebagai Austin Seven and Morris Mini-Minor.

  • Model Mini "Mark I" (1959 - 1967) telah dikenali dengan beberapa nama lain iaitu Austin 850, Austin Mini, Austin Seven, Morris 850, Morris Mini, Riley Elf & Wolseley Hornet 

  • Pada tahun 1962, nama Austin Seven telah ditukar kepada Austin Mini dan Mini akhirnya telah dijadikan sebagai satu JENAMA pada tahun 1969.

  • Beberapa 'Body style' telah direka, diantaranya 2-door saloon, 2-door estate, 2-door van & 2-door pickup. 

Mini “Mark I”
Mini
Morris Mini-Minor


Austin Se7en




Kereta pertama Morris Mini-Minor yang dijual di Texas menjadi milik sebuah keluarga di Arlington, Texas, pada tahun 1959
  •   Wolseley Hornet dan Riley Elf (1961–1969)

Wolseley Hornet
Riley Elf


MINI "MARK II" (1967 - 1970)
  
 
Mini “Mark II”
  • Mini "Mark II", telah dihasilkan sebanyak 429,000 dengan 'design' grille yang berbeza, tingkap belakang yang lebih besar dan aksesori tambahan. 
 
Mini Magic II (North America)

  • Morris Mini Traveller and Austin Mini Countryman (1961–1969)


    Austin Mini Countryman Mark II
  • 'Design' yang lebih panjang dari saloon, lebih kurang 108,000 unit Austin Mini Countrymen telah dihasilkan dan sebanyak 99,000 unit Morris Mini Traveller telah dikeluarkan.


  • Mini Van (1960–1982)

Austin Mini Van

  • Panel van komersial dengan kapasiti 1/4 tan. Direka agak panjang seperti Traveller tetapi tanpa tingkap.Dikelaskan sebagai kenderaan komersial dan tidak dikenakan cukai.

  • Pada tahun 1978, nama Austin Mini Van telah ditukar kepada Mini 95. Nombor 95 berkaitan dengan berat kasar kenderaan ini iaitu 0.95 tan.

  • Sebanyak 521,494 unit telah dihasilkan.


  • Mini Moke (1964–1989)

Austin Mini Moke 1967


  • Pada asalnya, Mini Moke telah dicipta dengan enjin berkembar serta fungsi 4WD untuk kegunaan British Army sebagai kenderaan serbaguna. Tetapi kegunaannya didapati tidak sesuai dengan permukaan bumi untuk kegunaan tentera ketika itu.

  • Pengeluaran Mini Moke berenjin tunggal menjadi lebih popular untuk kegunaan awam. Oleh itu, kira-kira sebanyak 50,000 unit telah dibuat dari tahun 1964 hingga 1968 di UK, 1966 hingga 1982 di Australia dan 1983 hingga 1989 di Portugal.

  • Mini Moke telah dipasarkan di lokasi-lokasi percutian seperti Barbados dan Macau , di mana ia digunakan sebagai kereta polis. Dalam bahasa purba British, "Moke" bermaksud keldai.


  • Mini Pick-up (1961–1982)

    Mini Pick-up
  • Trak Pick-up (dikenali sebagai utiliti coupé) telah dibina 11 kaki (3.4m) panjang di atas platform Mini Van, dengan ruang terbuka di belakang dan dinding disekelilingnya.

  • Seperti Mini Van, nama Pick-up telah ditukar ke Mini 95 pada tahun 1978. 


  • Sebanyak 58,179 unit model Pick-up telah dihasilkan.

  • Morris Mini K (March 1969 – August 1971, Australia only)  
Morris Mini K
  • Dihasilkan oleh kilang Australian British Motor Corporation yang terletak di Zetland, New South Wales dengan 80% sumber tempatan.

  • Morris Mini K ('K' bermaksud Kangaroo) mempunyai enjin 1098 cc dan hanya sekali keluaran sahaja dihasilkan di Australia.

  • Mempunyai 2 'design' iaitu sedan 2 pintu & van 2 pintu. Dijual pada harga A$1780.


Mini Cooper dan Cooper S: 1961–2000

  • Issigonis' iaitu kawan kepada John Cooper, pemilik Cooper Car Company dan pereka / pembina Formula One dan kereta-kereta rally, melihat potensi Mini untuk bersaing. Issigonis pada mulanya keberatan untuk melihat Mini dijadikan sebagai kereta lumba, tetapi setelah John Cooper merayu kepada pengurusan BMC, akhirnya mereka  bekerjasama untuk mewujudkan Mini Cooper. Kemunculan pertama pada tahun 1961 ialah Austin Mini Cooper and Morris Mini Cooper. 

  • Mini Cooper telah diubahsuai dan dinaik taraf keupayaannya untuk dijadikan kereta perlumbaan Rally.

  • Pada tahun 1962, John Love warga Rhodesia menjadi pelumba bukan warga British pertama yang memenangi Saloon Britain Car Championship dengan memandu Mini Cooper
 
Timo Makinen dan Mini Cooper S memenangi Tempat Pertama dalam 1000 Lakes Rally di Finland


File:63AustinCooperS.JPG
1963 Austin Mini Cooper S


  • Model berenjin kuasa kecil tidak mendapat sambutan dan hanya 963 unit telah dihasilkan dan pembuatannya dihentikan pada tahun 1965. 


  • Model Cooper S berenjin 1275cc terus dihasilkan sehingga tahun 1971.  

  • Penjualan Mini Cooper telah mencapai jumlah berikut:- 
  1. 64,000 unit Mark I Cooper berenjin 997cc/ 998cc, 
  2. 19,000 unit Mark I Cooper S berenjin 970cc, 1,071cc atau 1,275cc,  
  3. 16,000 unit Mark II Coopers berenjin 998cc, 
  4. 6,300 unit Mark II Cooper S berenjin 1,275cc.

  • Tiada lagi Mark III Cooper dan hanya 1,570 unit Mark III Cooper S. 

  • Pada tahun 1964, 1965 & 1967, Mini Cooper S telah memenangi Monte Carlo Rally.


  • Mini juga telah berjaya mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam pertandingan Rally pada tahun 1966 tetapi telah dibatalkan selepas keputusan kontroversi yang dibuat oleh Hakim Perancis ketika itu.

  • Pembatalan tersebut berkaitan dengan penggunaan 'variable resistance headlamp' yang tidak dibenarkan.


  • Walaubagaimanapun, ketika itu Citroën DS yang akhirnya dikurniakan tempat pertama telah menggunakan lampu depan putih yang diharamkan tetapi tidak dikenakan pembatalan ('disqualified') .


  • Pemandu Citroën, Pauli Toivonen, keberatan menerima trofi dan dia tidak mahu berlumba untuk Citroën lagi.


  • BMC (pemilik Mini) menerima lebih publisiti dari kontroversi pembatalan tersebut. 
1965 Monte Carlo Rally winner: 1964 Morris Mini Cooper S
  • Nama baru Mini Cooper ditukar ke RSP (Rover Special Products) dan telah dilancarkan semula pada tahun 1990 - 1991.

  • Ia semakin popular dan pengeluarannya diteruskan sehingga akhir tahun 1991. 

  • Mulai tahun 1992, Cooper telah dinaiktaraf dengan pemasangan versi 'fuel-injected' berenjin 1275cc.

  • Pada tahun 1997 'multi-point fuel injected engine' telah diperkenalkan, bersama dengan 'front-mounted radiator' dan sistem keselamatan.


  •  Mini Clubman dan 1275GT: 1969–1980
  •  
     
File:Mini Clubman 1980.JPG
Mini Clubman 1275 GT
  • Pada tahun 1969, dibawah lesen British Leyland, Mini telah diubah reka bentuknya oleh Roy Haynes, yang sebelum ini pernah bekerja untuk Ford.


  • Versi reka bentuk baru telah diberi nama Mini Clubman. Ia mempunyai muncung sedikit berpetak hampir sama seperti Austin Maxi.

    Austin Maxi 1980.jpg
    Austin Maxi
  • Pembikinan Mini Clubman adalah bertujuan untuk menggantikan versi Riley dan Wolseley Hornet di pasaran. 

  • Model baru yang dilengkapi dengan 1275GT telah menggantikan Mini Cooper 998cc (Mini Cooper S 1275cc terus dihasilkan bersama 1275GT selama 2 tahun sehingga tahun 1971).

  • Mini Clubman Estate pula menggantikan Countryman dan Traveller. 
Mini Clubman Estate


  • Model Mini Clubman 1275GT terus dihasilkan sehingga tahun 1980 apabila ianya telah diganti dengan 'hatchback' Austin Metro.

Austin Metro Auto 1983.jpg
Austin Metro
  • Pada tahun 1971, Mini Cooper S 1275cc tidak lagi dikeluarkan di UK, menjadikan Mini Clubman 1275GT satu-satunya 'sporty' Mini yang terus dijual berdekad-dekad lamanya.


  • Sebanyak 275,583 unit Clubman Saloon, 197,606 unit Clubman Estate dan 110,673 unit 1275GT telah dihasilkan.


  •  Mark III dan seterusnya: 1969–2000

  • Telah banyak perubahan dibuat kepada Mini sehingga wujudnya Mini Mark III.

  • Permintaan pengguna juga telah menggantikan 'sliding window' kepada 'winding window'

  • Mini masih lagi popular di Britain, tetapi semakin 'outdated' dengan kedatangan pelbagai kereta model baru dan lebih praktikal.

  • Mulai tahun 1980an Mini mula mengalami kejatuhan di banyak pasaran eksport.  Afrika Selatan, Australia dan New Zealand telah menghentikan pengeluaran dalam tahun tersebut. 

  • Walaupun pengeluaran mini masih diteruskan oleh British Leyland selepas perlancaran Austin Metro, jumlah pengeluaran terus merosot dan British Leyland dengan kerjasama Rover Group terus fokus pada pengeluaran Austin Metro sebagai supermini.

  • Tahun 1981 adlah tahun terakhir Mini menjadi 'Top Ten' dalam senarai Britain 'Top Selling Cars' dan kemudiannya jatuh ke tangga 9 dalam senarai tersebut manakala Austin Metro tangga ke 5. 

    Mark III

    File:Mini 1000 HL, front.jpg
    Mk IV (1976)

    File:Mini City E 1985.jpg
    Mk V - Mini City E (1984)

    Mini Cooper, 1991.jpg
    Mk VI (1990)
     
    2000MiniCooperS-LastEdition.jpg
    Mk VII (1996)
  • Mark IV mempunyai 'front rubber mounted subframe with single tower bolts' dan 'rear frame''. Mulai 1977, lampu belakang telah dilengkapi 'reverse light' 
     
  • Mark V: semua kereta mempunyai 8.4" 'brake discs' dan 'plastic wheel arches' ('mini special arches') tetapi masih mengekalkan Mark IV body shape. 

  • Mark VI: 'engine mounting points' dialih ke hadapan untuk 1275 cc 'power units', termasuk HIF (Horizontal Integral Float) carb, ditambah dengan 'single point fuel injected car' yang dikeluarkan dalam tahun 1991. 998 cc 'power units' telah ditamatkan. 

  • Mark VII: adalah versi terakhir, 'twin point injection' dengan 'front mounted radiator'. 'Full-width dashboard' menggantikan dashboard asal dan 'internal' bonet kecil dihasilkan. 'Airbag' di bahagian pemandu diperkenalkan.


  • DI AKHIR PENGELUARAN

  • Rover Group lebih popular di Jepun. Lebih 40,000 unit Mini telah dihasilkan setiap tahun pada awal tahun 1990an. ERA Mini Turbo sangat popular dikalangan pembeli-pembeli di Jepun.


  • Pada tahun 1994, di bawah Bernd Pischetsrieder, sepupu kepada Issigonis, BMW telah mengambil alih Rover Group, termasuk Mini telah menjadikan Airbag yang digunakan oleh Mini memenuhi syarat 'European Legislation'


  • Pada bulan Mac 2000, Rover masih mengalami kerugian dan BMW menetapkan untuk menutup sebahagian besar syarikat-syarikatnya.


  • Penjualan penuh selesai pada bulan May 2000. MG dan Rover diambil alih oleh Pheonix, British Consortium yang baru.


  • BMW mengekalkan MINI dan merancang untuk mengeluarkan model baru.


  • Di bawah lesen sementara Rover, BMW telah menjual 'run-out' model Mini Classic.


  • Pada bulan April 2000, kesemua versi Mini seperti Mini Classic Seven, Mini Classic Cooper, Mini Classic Cooper Sport dan untuk pasaran antarabangsa Eropah - Mini Knightsbridge telah dijual sepenuhnya.


  • Mini terakhir (Red Cooper Sport) telah dibuat pada 4 Oktober 2000 dan diserahkan kepada British Motor Industry Heritage Trust pada bulan Disember tahun itu sebagi simbolik pengeluaran terakhir Mini Classic. Jumlah keseluruhan 'MINI' yang telah dihasilkan & dijual adalah sebanyak 5,387,862 unit. 
Red Cooper Sport


  • Selepas Mini Classic terakhir dijual, Jenama 'MINI' telah menjadi hak milik BMW sepenuhnya.
 

  • Secara teknikalnya BMW Mini kini tidak berkait langsung dengan Mini Classic tetapi masih mengekalkan beberapa ciri klasik yang asal. 

  •  MEMORI MINI CLASSIC

Mini
By December 1962, half a million Minis had been built

Mini
By 1965, that had doubled to one million…


Mini
and in 1969, that had doubled again. The expressions on George Turnbull’s (left) and Alec Issigonis’ faces tell us all we need to know…


No comments:

Post a Comment